24 August 2008

KEDAH Juara Piala Malaysia 2008

Pasukan Bola Sepak Kedah terus melakar sejarah baru dalam arena bola sepak tempatan dimana berjaya mempertahankan koleksi tiga gelaran iaitu juara Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia buat musim kedua berturut-turut. Kedah melengkapkan kegemilangan apabila berjaya menewaskan Gergasi Merah Kuning Selangor dalam perlawanan Akhir Piala Malaysia dengan kemenangan 3-2 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.


Musim 2007/2008 ternyata milik Kedah kerana sebelum perlawanan akhir Piala Malaysia Pasukan Kedah mendominasi hampir keseluruhan Anugerah Bolasepak Kebangsaan 100 Plus 2008. Berikut adalah keputusan Anugerah tersebut:-

Penjaga Gol Popular :- Mohd Helmi Eliza Elias (KEDAH)
Pemain Pertahanan Popular :- Victor Andrag (KEDAH)
Pemain Tengah Popular:- Mohd Khyril Muhymeen Zambri
(KEDAH).
Penyerang Popular :- Liew Kit Kong (Kuala Muda NAZA).
Pemain Import Popular :- Marlon Alex James
(KEDAH).
Pemain Harapan Popular :- Mohd Fadly Baharom
(KEDAH).
Pemain Paling Popular :- Helmi Eliza Elias
(KEDAH).
Kelab Penyokong Terbaik :- Kelab Penyokong Perak.
Persatuan Bolasepak Terbaik :- Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan.
Jurulatih Popular :- Mohd Azraai Khor Abdullah
(KEDAH).


TAHNIAH kepada Pemain Kedah, Persatuan Bola Sepak Kedah serta seluruh peminat Hijau Kuning yang sentiasa menyokong Pasukan Kedah. Kejayaan ini merupakan satu Hadiah kepada kepada peminat nombor satu Hijau Kuning iaitu Tuanku Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah yang menyambut Jubli Emas 50 tahun pemerintahan baginda, dan juga kepada Allahyarham Dato’ Paduka Haji Ahmad Basri serta seluruh Peminat Hijau Kuning yang tidak jemu-jemu memenuhi setiap pelusuk stadium bagi menyokong Pasukan Kedah.

2 comments:

anees syg said...

slm..wahai keturunan awang ahmad yg budiman ..bole dptkan emel liew kit kong ..
kwn sy .. pnting utk khdupan n negara..maju keturunan awang ahmad utk negara.
anees, Putrajaya.

anees syg said...

slm..wahai keturunan awang ahmad yg budiman ..bole dptkan emel liew kit kong ..
kwn sy .. pnting utk khdupan n negara..maju keturunan awang ahmad utk negara.
anees, Putrajaya.

My Blog List