27 December 2007

Cahaya Mata Mohamed Faisal & Norazreen (Noni)

Mohamed Faisal (Bachon) & Norazreen (Noni) dikurniakan Cahaya mata ke 3 pada 27 Disember 2007 (Khamis) di Hospital Sg. Buluh Selangor pada jam 1.30 tengahari. Baby perempuan seberat 2.56 kg dan bersalin secara pembedahan (Keluar kok tingkap). Nama Baby Aida Sofea binti Mohamed Faisal.

25 December 2007

Selamat Pengantin Baru Amirudin & Nor Affiza

Selamat Pengantin baru kepada Amirudin yang telah menamatkan zaman bujangnya pada 23 Disember 2007 dengan gadis Melaka iaitu Nor Affiza Bt Ahmad. Kenduri di Kampung Sireh pada 30 Disember 2007. Selamat Menyambut menantu kepada Pak Cik Zin dan Mak Yah. InsyAllah tahun depan dapat la anugerah Atok & nenek......

19 December 2007

Cahaya Mata Aziyah & Ali

Tahniah kepada pasangan Aziyah & Ali kerana dikurniakan Cahaya mata perempuan yang ke 3 pada 19 Disember 2007 (Rabu) di Hospital Kuala Nerang, pada jam 1.00 pagi. Walaupun Bahad terpaksa meminjam jip Bangli untuk hantar Aziyah bagi meredah banjir di Titi Kapong Sireh pada 18 hb Disember lalu, dan akhirnya sampai juga ke Hospital Kuala Nerang. Nama baby ialah Aliah Qistina.

18 December 2007

Banjir......banjir......

Hujan lebat hampir dua hari dua malam menyebabkan banjir di Nerang. Laluan ke kampung sireh banjir iaitu di Titi Kg Sireh air dan Titi Kho Tekai (Kuala Tekai), air naik hingga ke paras lutut. Untuk maklumat lanjut tentang banjir di Kampung Sireh sila klik ke Blog JKKK Kampung Sireh.

Cahaya Mata Ke 3 Andan (Banan) & Rokiah (Kak Da)

Tahniah kepada pasangan Banan & Kak Da kerana dikurniakan Cahaya mata perempuan pada 12 Disember 2007 (Rabu) di Hospital Sultanah Bahiyah, A.Setar. Nama & gambar baby akan menyusul kemudian .....

09 December 2007

Gambar Satelit Rumah Pakcik Lah

Gambar ni Sheikh Muzafar amik masa dia kat ISS. Kebetulan kena rumah Cik Lah...






15 November 2007

Selamat Menunaikan Haji

Selamat menunaikan haji kepada Pak Lang, Mak Lang, Mak Cik, Mak Yam dan Pak Su yang akan berangkat ke Tanah Suci Mekah pada 1 Disember 2007 bersamaan 21 Zulkaedah 1428 H. Mereka semua akan berlepas pada pukul 7 pagi dari Bayan Lepas Pulau Pinang, dan terus ke Tanah Suci Mekah. Semoga demo semua selamat pergi, selamat menunaikan Haji dan selamat pulang ke Tanah Air. Marilah pakat-pakat kita berdoa agar demo semua sihat dan dapat menunaikan ibadah haji dengan sempurna.

10 November 2007

Haji dan Umrah

Pengertian Haji dan Umrah pada syarak
Haji pada syarak ialah mengunjungi Baitullah Al-Haram dalam bulan-bulan haji kerana mengerjakan tawaf, sai’e dan wukuf di Arafah dengan menurut syarat-syaratnya serta menunaikan segala wajib-wajibnya.
Umrah pada syarak ialah menziarahi Baitullah Al-Haram kerana mengerjakan tawaf, saie dengan menurut syarat-syaratnya serta menunaikan segala wajib-wajibnya.

Syarat-syarat Haji mengikut Mazhab Syafie
1. Islam: Orang kafir tidak wajib mengerjakan Haji malah tidak sah ibadat Haji yang mereka kerjakan.
2. Merdeka: Hamba tidak wajib mengerjakan Haji.
3. Mukallaf.
4. Berkemampuan dengan syarat:
i) Berkuasa membayar segala perbelanjaan bagi mengerjakan ibadat Haji sehingga selesai dan kembali ke tanah air.
ii) Ada kenderaan pergi dan balik.
iii) Disyaratkan mempunyai bekalan yang cukup untuk saraan nafkah orang yang di bawah tanggungannya.
iv) Tidak mengalami kesulitan teruk semasa berada di dalam kenderaan.
v) Aman perjalanan.
Manakala bagi perempuan pula ditambah: Terdapat kawan perempuan berserta wanita Islam yang boleh dipercayai.

Jenis-jenis Haji
Ibadat Haji terbahagi kepada beberapa jenis seperti yang dipersetujui oleh ulamak, iaitu:-
1. Haji Tamattuk
2. Haji Qiran
3. Haji Ifrad
4. Umrah

Rukun-rukun Haji
1. Ihram, berniat bulat mengerjakan ibadah haji. Ibadah ini dimulai sesampai miqat (batas-batas yang telah ditetapkan).
2. Wukuf di Arafah, ialah berhenti di padang Arafah sejak tergelincirnya matahari tanggal 9 Zulhijah sampai terbit fajar tanggal 10 Dzulhijah.
3. Tawaf Ifadhah, ialah mengelilingi ka'bah sebanyak 7 kali, syaratnya : Suci, menutup aurat, Ka'bah berada disebelah kiri orang yang mengelilingi, memulai tawaf dari arah Hajar Aswat.
4. Sa'i, ialah lari-lari kecil atau jalan cepat antara bukit Shafa dan Marwah.
5. Mencukur/menggunting rambut. Sedikitnya memotong tiga helai rambut.
6. Tertib, ialah menjalankan rukun haji secara berurutan.

27 October 2007

Selamat Bertunang

Selamat bertunang Mohd. Nizam bin Ibrahim dan Shakiroh bt Zakaria. Majlis pertunangan tersebut diadakan pada 18 Oktober 2007 yang lalu di Kg Kubang Palas, Padang Sanai. Maka dengan ini keluarga Pak Teh akan bertambah rimbun sedikit masa lagi................





24 October 2007

Cahaya Mata Jamal & Fadilah



Tahniah kepada Jamal & Fadilah kerana dikurniakan cahaya mata perempuan pada 19 Oktober 2007. Nama baby Nadia Nadhirah bt Nor Mohamad Jamal. Maka bertambah lagi cucu Nyah dan keturunan Awang Ahmad.

16 October 2007

Majlis Aidilfitri Keturunan Awang Ahmad

Majlis tersebut diadakan pada hari isnin 15 Oktober 2007 jam 8.30 malam di Perkarangan rumah Keluarga Haji Abdullah bin Awang Ahmad. Tujuan utama Majlis Aidilfitri ini didakan adalah bagi mengeratkan dan merapatkan hubungan antara seluruh ahli keluarga Awang ahmad serta mengenali ahli keluarga Awang Ahmad dengan lebih rapat lagi.
Seluruh ahli keluarga dihidangkan dengan pelbagai kuih-muih, mee kari dan 1000 pucuk satay panas yang dibakar secara beramai-ramai.




11 October 2007

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin
kepada semua muslimin dan muslimat
semoga bergembira di hari lebaran disamping keluarga tersayang.

daripada :
Seluruh Keturunan Awang Ahmad

09 September 2007

KEDAH GEMILANG




Tahniah kepada pasukan bola sepak negeri Kedah Darul Aman di atas kejayaan merangkul kejuaraan bola sepak Piala Malaysia musim 2006/2007. Keunggulan Kedah menjuarai Piala Malaysia merupakan kejayaan ketiga musim ini sesudah bergelar juara Liga Super dan juara Piala FA, kini kemarau 14 tahun ditamatkan. Tahniah juga kepada Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) dan seluruh peminat Hijau Kuning dalam usaha memartabatkan Negeri Kedah sebagai sebuah negeri yang gemilang.

24 August 2007

Merdeka..Merdeka..Merdeka

Selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan Malaysia yang ke 50 tahun. Sebagai rakyat Malaysia Merdeka kita seharus bersyukur dan berbangga kerana dilahirkan di bumi Malaysia. "Terima Kasih Malaysia".

22 August 2007

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Maklumat serta gambar yang dipaparkan adalah sehingga tahun 2005. Sehubungan itu maklumat terkini seperti ahli keluarga terkini, nama penuh dan gambar terkini dan lain-lain lagi amat diperlukan bagi memasukkan maklumat ke dalam blog Keturunan Awang Ahmad ini (http://awangahmad.blogspot.com/). Sekiranya terdapat maklumat terkini sila emailkan ke faisal_jai@yahoo.com @ melalui ruanga chating. Sekiranya terdapat kesilapan dalam blog ini harap dapat dimaklumkan supaya dapat dibetulkan. Semoga Bog ini dapat dijadikan sebagai alat perhubungan dalam merapatkan hubungan serta mengenali ahli keluarga Awang Ahmad dengan lebih rapat lagi, insyaAllaah...
Sekian.

21 August 2007

Keluarga Abdul Mutalib

Keluarga Abdul Wahab & Fatimah

Keluarga Mat Jazik & Kholijah

Keluarga Haji Abdullah & Ramlah

Keluarga Ibrahim & Mariam

Keluarga Siti Halimah & Ya'akob

Keluarga Sarah & Mohd Zin

Keluarga Siti Mariam & Ya'acob

Fadhilat Sya'aban

Selamat datang wahai Sya’aban. Antara fadhilat-fadhilat Sya’aban ialah Allah mengampunkan dosa hamba-hambanya yang menghidupkan bulan ini dengan amalan-amalan berpuasa tilawatil Quran, berzikir serta bermunajat di dalam Qiamullail, namum begitu Allah tidak mengampunkan dosa enam jenis manusia dalam bulan ini iaitu;-
1. Orang yang kekal sebagai peminum arak.
2. Orang yang derhaka kepada kedua ibubapanya.
3. Orang yang kekal dalam keadaan berzina.
4. Orang yang banyak berkelahi dan suka memulakan perkelahian.
5. Orang yang melakukan jualan secara menipu.
6. Orang suka melagakan orang lain supaya berkelahi.
Al-Hadis

My Blog List