15 June 2009

Selamat Pengantin Baru Zulkifli & Rodiah

Selamat Pengantin baru kepada Zulkifli bin Ya'acob (Peli) & Rodiah bt Ahmad. Kenduri di Kampung Lebai Saman selamat disempurnakan pada 11 Jun 2009. Semoga pasangan berbahagia hingga ke anak cucu.

08 May 2009

Cahaya Mata Amirudin & Nor Affiza

Tahniah kepada pasangan Amiruddin & Nur Affiza kerana dikurniakan Cahaya yang pertama pada 02 Mei 2009 (Sabtu) pada jam 11.28 pagi. Baby perempuan seberat 3.45 kg di Hospital Kulim. Tahniah juga kepada Tok Misi kerana dikurniakan cucu sulong. Nama baby Nurul Syifa bt Amiruddin.

29 March 2009

Cahaya Mata ke 3 Fuad & Norliza

Tahniah kepada pasangan Mohamed Fuad & Norliza kerana dikurniakan Cahaya mata ke 3 pada 26 Mac 2009 (Khamis) pada jam 6.15 pagi. Baby perempuan seberat 4kg. Nama baby Arissa Dayana binti Mohamed Fuad.

22 March 2009

Peraduan Teka Wajah

Sapa boleh teka semuo, kira dia ingat la adik beradik dia... Hadiah pemenang berupa penginapan di kapong 3 hari 2 malam. Hadiah ditaja oleh Pak Teh.

Tahun 1984 - Anak-anak sapa la ni?

Anak-anak sapa la ni? Gambar ni dalam tahun 1984. Sapa bleh bagi nama setiap individu dlm ni, kira dia masih ingat memory 25 tahun yang lalu. Seri Pak Mat pun ada skali dlm gambar tu...
* Sila klik pada gambar untuk membesarkan saiz gambar.

08 March 2009

Jom Menimba Sure Kelaring

Dua org peserta sebelah kiri ni tak dapat lesen lubuk, sebab tu dema tangkap puyu kot tepi ja.. Geng sebelah kanan tu plak, diberi ruang tangkap ikan wan sekor dah, tp tak moh naik lg.. apapun penangkap labi dikira johan keseluruhan..lol..
Rekacipta pemulihan tebing parit selepas menimba....nak buat apa ngan kayu ni ekkk!!!

MagMyPic


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


16 February 2009

Aktiviti Menimba Parit & Majlis Makan Malam sempena Menimba 2009

Program Menimba di Parit telah selamat dilaksanakan pada 27 Februari 2009 yang lalu. Hasil tangkapan lebih kurang 100 kg. Majlis Makan Malam sempena Menimba 2009 diadakan pada 26 Februari 2009 jam 9.00 malam di Kapong (Rumah Pak Teh). 1000 pucuk satay & Mee Kari menjadi hidangan istimewa malam tersebut. Menurut Pengerusi Majlis Makan Malam iaitu Saudara Mohd Nizam Ibrahim, "Majlis ini akan diteruskan untuk tahun-tahun akan datang, oleh itu sumbangan tenaga & wang tunai dari seluruh adik beradik amat diharapkan".

10 February 2009

Selamat Pengantin Baru Maryati & Mohd Azreel

Selamat Pengantin baru kepada Maryati binti Ya'acob & Mohd Azreel bin Arif. Kenduri di Kampung Belukar Luas selamat disempurnakan pada 22 November 2008 manakala kenduri di pihak lelaki di Taman Desa Bidara, Kuala Ketil pada 29 November 2008.

My Blog List