23 June 2008

KEDAH Juara Piala FA 2008

TAHNIAH kepada Pasukan Bola Sepak Negeri Kedah Darul Aman kerana berjaya mempertahankan kejuaraan Piala FA untuk muncul juara buat kali kedua berturut-turut setelah mengalahkan Selangor dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Shah Alam sabtu lalu. Perlawanan yang sungguh dramatik yang akhirnya KEDAH berjaya menundukkan Gergasi Merah Kuning dengan keputusan 3-2. TAHNIAH juga kepada seluruh peminat Hijau Kuning yang menyokong serta membantu memartabatkan Pasukan Negeri Kedah sebagai sebuah pasukan yang gemilang. Gambar di sebelah adalah 3 orang peminat setia Hijau Kuning yang sanggup datang dari Kapong Sireh untuk memenuhi setiap pelusuk Stadium Shah Alam, tetapi selepas habis bola pakat-pakat balik rumah masing-masing di Selangor.

15 June 2008

Prosedur & Syarat Pembayaran Subsidi Minyak

*Sila klik pada gambar untuk membesarkan saiz gambar.

Tarif baru elektrik

Mulai 1Julai 2008

AlatPenjimat.com

TIPS-TIPS DEMI PENJIMATAN BIL ELEKTRIK ANDA

Mungkinkah anda sering keberatan untuk melihat bil elektrik setiap kali bil baru sampai ke pintu rumah? Ini kerana tentu anda tidak mahu memeningkan kepala dengan memikirkan beban bil elektrik yang terpaksa di bayar. Oleh itu, biarlah kita kongsikan beberapa tips di bawah supaya anda dapat menjimatkan bil eletrik bulanan rumah anda.

Baiklah, kita mulakan dengan penjimatan di ruang tamu yang selalunya kerap kita gunakan samada untuk menonton tv atau membaca surat khabar atau sambil bersantai bersama-sama keluarga.

1)Suis
-Tutup suis elektrik yang tidak digunakan
2)TV, Pemain VCD/DVD, Video Game, HiFi
- Tutupkan suis peralatan di atas jika tidak digunakan. Sekiranya dibiarkan pada keadaan 'tunggu sedia', tenaga elektrik masih digunakan
3) Penghawa Dingin
-Tutup bidai dan langsir bagi menghalang cahaya matahari masuk ke ruang yang ingin didinginkan.
-Cuci penapis udara sekerap yang mungkin. Penapis udara yang kotor menyebabkan penghawa dingin menggunakan lebih tenaga elektrik.
-Tetapkan suhu di antara 22C - 26Celcius untuk keselesaan suhu yang optimum.
-Jangan halang unit luar (compressor) daripada mendapat kitaran udara yang maksimum.
4) Lampu
Padam lampu apabila tidak digunakan.
-Sebaik mungkin yang boleh gunakanlah cahaya semulajadi.
-Gunakanlah mentol 'energy saving'. Ia bukan sahaja menjimatkan elektrik malah tahan lebih lama.

Ramai para suri menghabiskan masa di dapur dan banyak menggunakan alat-alat elektrik seperti mesin basuh dan peralatan elektrik lain. Apa kata anda cuba tips-tips ini demi penjimatan bil elektrik di dapur.
5) Cerek letrik
Masak air mengikut sukatan air yang diperlukan.
6) Mesin basuh
-Gunakan mesin basuh dengan sepenuh muatan tanpa melebihi had.
-Pilih saiz mesin basuh yang bersesuaian dengan saiz keperluan keluarga anda.
7) Peti sejuk
-Pastikan muatan peti sejuk adalah berpatutan. Muatan yang berlebihan akan menggunakan tenaga elektrik lebih daripada yang sepatutnya.
-Sejukkan makanan terlebih dahulu sebelum menyimpannya di dalam peti sejuk.
-Pastikan pintu peti sejuk ditutup rapat dan dibuka apabila perlu.
-Tempatkan peti sejuk sekurang-kurangnya 4 inci daripada dinding supaya motor peti sejuk tidak terlebih beban.

My Blog List