24 August 2008

KEDAH Juara Piala Malaysia 2008

Pasukan Bola Sepak Kedah terus melakar sejarah baru dalam arena bola sepak tempatan dimana berjaya mempertahankan koleksi tiga gelaran iaitu juara Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia buat musim kedua berturut-turut. Kedah melengkapkan kegemilangan apabila berjaya menewaskan Gergasi Merah Kuning Selangor dalam perlawanan Akhir Piala Malaysia dengan kemenangan 3-2 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.


Musim 2007/2008 ternyata milik Kedah kerana sebelum perlawanan akhir Piala Malaysia Pasukan Kedah mendominasi hampir keseluruhan Anugerah Bolasepak Kebangsaan 100 Plus 2008. Berikut adalah keputusan Anugerah tersebut:-

Penjaga Gol Popular :- Mohd Helmi Eliza Elias (KEDAH)
Pemain Pertahanan Popular :- Victor Andrag (KEDAH)
Pemain Tengah Popular:- Mohd Khyril Muhymeen Zambri
(KEDAH).
Penyerang Popular :- Liew Kit Kong (Kuala Muda NAZA).
Pemain Import Popular :- Marlon Alex James
(KEDAH).
Pemain Harapan Popular :- Mohd Fadly Baharom
(KEDAH).
Pemain Paling Popular :- Helmi Eliza Elias
(KEDAH).
Kelab Penyokong Terbaik :- Kelab Penyokong Perak.
Persatuan Bolasepak Terbaik :- Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan.
Jurulatih Popular :- Mohd Azraai Khor Abdullah
(KEDAH).


TAHNIAH kepada Pemain Kedah, Persatuan Bola Sepak Kedah serta seluruh peminat Hijau Kuning yang sentiasa menyokong Pasukan Kedah. Kejayaan ini merupakan satu Hadiah kepada kepada peminat nombor satu Hijau Kuning iaitu Tuanku Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah yang menyambut Jubli Emas 50 tahun pemerintahan baginda, dan juga kepada Allahyarham Dato’ Paduka Haji Ahmad Basri serta seluruh Peminat Hijau Kuning yang tidak jemu-jemu memenuhi setiap pelusuk stadium bagi menyokong Pasukan Kedah.

Selamat Pengantin Baru Nuridawati

Selamat Pengantin baru kepada Nuridawati binti Abdul Wahab & . Kenduri di Kampung Sireh selamat disempurnakan pada 17 Ogos 2008 manakala kenduri di pihak lelaki pada 23 Ogos 2008.

Wallpaper Keturunan Awang Ahmad

* Sila klik pada gambar untuk membesarkan saiz. Selepas tu download (Right click & Save Image As....)

Wallpaper Kedah Darul Aman

* Sila klik pada gambar untuk membesarkan saiz. Selepas tu download (Right click & Save Image As....)



16 July 2008

Jubli Emas Pemerintahan Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah

15 Julai 2008 maka genaplah 50 pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbudin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman. Baginda ditabalkan menjadi Sultan Negeri Kedah Darul Aman pada hari selasa 15 Julai 1958 selepas kemangkatan Almarhum Sultan Badlishah Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid.

Tuanku Sultan Kedah juga ditabalkan sebagai Yang Dipertuan Agong Yang Ke-5 pada 21 September 1970 sehingga 20 September 1975. Tuanku Sultan Abdul Halim Mua'dzam Shah juga sebagai seorang Raja berjiwa rakyat, Tuanku Sultan cukup disayangi oleh segenap lapisan masyarakat Negeri Kedah. Baginda juga dikenali sebagai seorang Sultan yang begitu menghargai ulama-ulama sesuai dengan peranan baginda sebagai Ketua Agama Islam negeri Kedah.

Daulat Tuanku!

Daulat Tuanku!

Daulat Tuanku!

23 June 2008

KEDAH Juara Piala FA 2008

TAHNIAH kepada Pasukan Bola Sepak Negeri Kedah Darul Aman kerana berjaya mempertahankan kejuaraan Piala FA untuk muncul juara buat kali kedua berturut-turut setelah mengalahkan Selangor dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Shah Alam sabtu lalu. Perlawanan yang sungguh dramatik yang akhirnya KEDAH berjaya menundukkan Gergasi Merah Kuning dengan keputusan 3-2. TAHNIAH juga kepada seluruh peminat Hijau Kuning yang menyokong serta membantu memartabatkan Pasukan Negeri Kedah sebagai sebuah pasukan yang gemilang. Gambar di sebelah adalah 3 orang peminat setia Hijau Kuning yang sanggup datang dari Kapong Sireh untuk memenuhi setiap pelusuk Stadium Shah Alam, tetapi selepas habis bola pakat-pakat balik rumah masing-masing di Selangor.

15 June 2008

Prosedur & Syarat Pembayaran Subsidi Minyak

*Sila klik pada gambar untuk membesarkan saiz gambar.

Tarif baru elektrik

Mulai 1Julai 2008

AlatPenjimat.com

TIPS-TIPS DEMI PENJIMATAN BIL ELEKTRIK ANDA

Mungkinkah anda sering keberatan untuk melihat bil elektrik setiap kali bil baru sampai ke pintu rumah? Ini kerana tentu anda tidak mahu memeningkan kepala dengan memikirkan beban bil elektrik yang terpaksa di bayar. Oleh itu, biarlah kita kongsikan beberapa tips di bawah supaya anda dapat menjimatkan bil eletrik bulanan rumah anda.

Baiklah, kita mulakan dengan penjimatan di ruang tamu yang selalunya kerap kita gunakan samada untuk menonton tv atau membaca surat khabar atau sambil bersantai bersama-sama keluarga.

1)Suis
-Tutup suis elektrik yang tidak digunakan
2)TV, Pemain VCD/DVD, Video Game, HiFi
- Tutupkan suis peralatan di atas jika tidak digunakan. Sekiranya dibiarkan pada keadaan 'tunggu sedia', tenaga elektrik masih digunakan
3) Penghawa Dingin
-Tutup bidai dan langsir bagi menghalang cahaya matahari masuk ke ruang yang ingin didinginkan.
-Cuci penapis udara sekerap yang mungkin. Penapis udara yang kotor menyebabkan penghawa dingin menggunakan lebih tenaga elektrik.
-Tetapkan suhu di antara 22C - 26Celcius untuk keselesaan suhu yang optimum.
-Jangan halang unit luar (compressor) daripada mendapat kitaran udara yang maksimum.
4) Lampu
Padam lampu apabila tidak digunakan.
-Sebaik mungkin yang boleh gunakanlah cahaya semulajadi.
-Gunakanlah mentol 'energy saving'. Ia bukan sahaja menjimatkan elektrik malah tahan lebih lama.

Ramai para suri menghabiskan masa di dapur dan banyak menggunakan alat-alat elektrik seperti mesin basuh dan peralatan elektrik lain. Apa kata anda cuba tips-tips ini demi penjimatan bil elektrik di dapur.
5) Cerek letrik
Masak air mengikut sukatan air yang diperlukan.
6) Mesin basuh
-Gunakan mesin basuh dengan sepenuh muatan tanpa melebihi had.
-Pilih saiz mesin basuh yang bersesuaian dengan saiz keperluan keluarga anda.
7) Peti sejuk
-Pastikan muatan peti sejuk adalah berpatutan. Muatan yang berlebihan akan menggunakan tenaga elektrik lebih daripada yang sepatutnya.
-Sejukkan makanan terlebih dahulu sebelum menyimpannya di dalam peti sejuk.
-Pastikan pintu peti sejuk ditutup rapat dan dibuka apabila perlu.
-Tempatkan peti sejuk sekurang-kurangnya 4 inci daripada dinding supaya motor peti sejuk tidak terlebih beban.

03 May 2008

KEDAH JUARA LAGI

Tahniah kepada Pasukan Bola Sepak Kedah kerana berjaya mengekalkan kejuaraan Liga Super buat kali kedua berturut-turut. Dan tahniah juga kepada penyokong Hijau Kuning yang sentiasa memenuhi setiap pelusuk Stadium Darul Aman dan Stadium di Seluruh Malaysia bagi menyokong Pasukan Bola Sepak Kedah.

22 April 2008

Cahaya Mata Fairuz & Zaimah

Tahniah kepada pasangan Mohamed Fairuz & Zaimah kerana dikurniakan Cahaya mata ke 2 pada 18 April 2008 (Jumaat) di Hospital Sg. Buluh Selangor pada jam 2.00 ptg. Baby perempuan seberat 3.3 kg dan bersalin secara pembedahan. Nama Baby Fatin Nabila bt Mohamed Fairuz.

23 March 2008

Selamat Pengantin Baru Mohd. Nizam & Shakiroh

Selamat Pengantin baru kepada Mohd. Nizam (Bajan) yang telah menamatkan zaman bujangnya dengan Shakiroh bt Zakaria gadis dari Kg Kubang Palas, Padang Sanai. Kenduri di Pihak perempuan pada 8 Mac 2008 dan Kenduri di Rumah Pak Teh (Kapong) pada 9 Mac 2008 yang lalu. Selepas ni Pak Teh mungkin dah tak Moh bela Lemu dah, mungkin dia akan jaga cucu plak......

28 February 2008

Cahaya Mata Bachik & Kak Salmah

Tahniah kepada pasangan Rosli Abdul Wahab (Bachik) dan Kak Salmah kerana dikurniakan cahaya mata ke empat pada 13 Februari 2008. Nama baby Nur Auni Aqilah bt Rosli. (Gambar baby akan menyusul kemudian....)

Selamat Mengundi

Selamat Mengundi pada 8 Mac 2008. Tunaikan tanggungjawab anda sebagai pengundi & buatlah pilihan yang bijak. Sebelum anda semua mengundi sila buat Semakan Daftar Pemilih untuk memastikan samada anda layak untuk mengundi. Untuk menyemak Sila klik di sini

Fakta Pilihanraya Umum ke 12 Tahun 2008

P7 PADANG TERAP

Jumlah Pengundi: 36,086
Peratusan Kaum: M:92.68% C:1.40% I:0.20% L: 5.72%

1. Mohd. Nasir Zakaria (Pas) (15,003)
2. Datuk Paduka Ghazali Ibrahim (BN) (14,634)

Majoriti: 369
Jumlah undi: 30,407
Peratus mengundi: 84.26%
Undi rosak: 770

Penyandang: Datuk Ghazali Ibrahim (BN)
(Majoriti: 2,172 undi)


N8 PEDU

Jumlah Pengundi: 17,424
Peratusan Kaum: M:88.28% C:0.82% I:0.21% L:10.69%

1. Datuk Seri Mahdzir Khalid (BN) (8,780)
2. Ir. Zamri Yusuf (PKR) (6,047)

Majoriti: 2,733
Jumlah undi: 15,191
Peratus mengundi: 87.18%
Undi rosak: 364

Penyandang: Datuk Mahdzir Khalid (BN)
(Majoriti: 1,899 undi)


N7 KUALA NERANG

Jumlah Pengundi: 18,394
Peratusan Kaum: M:96.91% C:1.97% I:0.19% L:0.93%

1. Datuk Syed Sobri Syed Hashim (BN) (7,856)
2. Zawawi Ahmad (Pas) (7,051)

Majoriti: 805
Jumlah undi: 15,216
Peratus mengundi: 82.72%
Undi rosak: 309

Penyandang: Datuk Dr. Affifuddin Omar (BN)
(Majoriti: 1,310 undi)

30 January 2008

3 makhluk merbahaya

Anda semua dinasihatkan berhati-hati ketika berjalan di tengah malam di kawasan padang kapong kerana sekiranya terjumpa 3 makhluk ini di waktu malam, cepat-cepatlah lari................ amat merbahaya..... Mungkin makhluk ni dok tang pokok kabu di kapong tu kot, tu yang pokok kabu dah tak dak kabu dah.


Dan akhirnya salah sorang makhluk tersebut pengsan sebab letih dok terbang malam-malam buta........


Cahaya Mata Azimah & Md Zain

Tahniah kepada pasangan Azimah & Md Zain kerana dikurniakan Cahaya mata Lelaki. Selamat bersalin di Hospital Selayang pada 8 Januari 2008. Ini merupakan cahaya mata ke 2 bagi pasangan Azimah & Md Zain. Nama Baby Naqiudin Sururi bin Md Zain.

My Blog List