



Anak-anak sapa la ni? Gambar ni dalam tahun 1984. Sapa bleh bagi nama setiap individu dlm ni, kira dia masih ingat memory 25 tahun yang lalu. Seri Pak Mat pun ada skali dlm gambar tu...
Pasukan Bola Sepak Kedah terus melakar sejarah baru dalam arena bola sepak tempatan dimana berjaya mempertahankan koleksi tiga gelaran iaitu juara Liga Super, Piala FA dan Piala
Musim 2007/2008 ternyata milik Kedah kerana sebelum perlawanan akhir Piala Malaysia Pasukan Kedah mendominasi hampir keseluruhan Anugerah Bolasepak Kebangsaan 100 Plus 2008. Berikut adalah keputusan Anugerah tersebut:-
Penjaga Gol Popular :- Mohd Helmi Eliza Elias (KEDAH)
Pemain Pertahanan Popular :- Victor Andrag (KEDAH)
Pemain Tengah Popular:- Mohd Khyril Muhymeen Zambri (KEDAH).
Penyerang Popular :- Liew Kit Kong (Kuala Muda NAZA).
Pemain Import Popular :- Marlon Alex James (KEDAH).
Pemain Harapan Popular :- Mohd Fadly Baharom (KEDAH).
Pemain Paling Popular :- Helmi Eliza Elias (KEDAH).
Kelab Penyokong Terbaik :- Kelab Penyokong Perak.
Persatuan Bolasepak Terbaik :- Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan.
Jurulatih Popular :- Mohd Azraai Khor Abdullah (KEDAH).
TAHNIAH kepada Pemain Kedah, Persatuan Bola Sepak Kedah serta seluruh peminat Hijau Kuning yang sentiasa menyokong Pasukan Kedah. Kejayaan ini merupakan satu Hadiah kepada kepada peminat nombor satu Hijau Kuning iaitu Tuanku Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah yang menyambut Jubli Emas 50 tahun pemerintahan baginda, dan juga kepada Allahyarham Dato’ Paduka Haji Ahmad Basri serta seluruh Peminat Hijau Kuning yang tidak jemu-jemu memenuhi setiap pelusuk stadium bagi menyokong Pasukan Kedah.
* Sila klik pada gambar untuk membesarkan saiz. Selepas tu download (Right click & Save Image As....)

* Sila klik pada gambar untuk membesarkan saiz. Selepas tu download (Right click & Save Image As....)
15 Julai 2008 maka genaplah 50 pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbudin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman. Baginda ditabalkan menjadi Sultan Negeri Kedah Darul Aman pada hari selasa 15 Julai 1958 selepas kemangkatan Almarhum Sultan Badlishah Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid.
Tuanku Sultan Kedah juga ditabalkan sebagai Yang Dipertuan Agong Yang Ke-5 pada 21 September 1970 sehingga 20 September 1975. Tuanku Sultan Abdul Halim Mua'dzam Shah juga sebagai seorang Raja berjiwa rakyat, Tuanku Sultan cukup disayangi oleh segenap lapisan masyarakat Negeri Kedah. Baginda juga dikenali sebagai seorang Sultan yang begitu menghargai ulama-ulama sesuai dengan peranan baginda sebagai Ketua Agama Islam negeri Kedah.
Daulat Tuanku!
Daulat Tuanku!
Daulat Tuanku!

TAHNIAH kepada Pasukan Bola Sepak Negeri Kedah Darul Aman kerana berjaya mempertahankan kejuaraan Piala FA untuk muncul juara buat kali kedua berturut-turut setelah mengalahkan Selangor dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Shah Alam sabtu lalu. Perlawanan yang sungguh dramatik yang akhirnya KEDAH berjaya menundukkan Gergasi Merah Kuning dengan keputusan 3-2. TAHNIAH juga kepada seluruh peminat Hijau Kuning yang menyokong serta membantu memartabatkan Pasukan Negeri Kedah sebagai sebuah pasukan yang gemilang. Gambar di sebelah adalah 3 orang peminat setia Hijau Kuning yang sanggup datang dari Kapong Sireh untuk memenuhi setiap pelusuk Stadium Shah Alam, tetapi selepas habis bola pakat-pakat balik rumah masing-masing di Selangor.
(Bajan) yang telah menamatkan zaman bujangnya dengan Shakiroh bt Zakaria gadis dari Kg Kubang
Palas, Padang Sanai. Kenduri di Pihak perempuan pada 8 Mac 2008 dan Kenduri di Rumah Pak Teh (Kapong) pada 9 Mac 2008 yang lalu. Selepas ni Pak Teh mungkin dah tak Moh bela Lemu dah, mungkin dia akan jaga cucu plak......
Selamat Mengundi pada 8 Mac 2008. Tunaikan tanggungjawab anda sebagai pengundi & buatlah pilihan yang bijak. Sebelum anda semua mengundi sila buat Semakan Daftar Pemilih untuk memastikan samada anda layak untuk mengundi. Untuk menyemak Sila klik di sini| P7 |
| Jumlah Pengundi: 36,086 |
| 1. Mohd. Nasir Zakaria (Pas) (15,003) |
| Majoriti: 369 |
| Penyandang: Datuk Ghazali Ibrahim (BN) |
| N8 PEDU |
| Jumlah Pengundi: 17,424 |
| 1. Datuk Seri Mahdzir Khalid (BN) (8,780) |
| Majoriti: 2,733 |
| Penyandang: Datuk Mahdzir Khalid (BN) |
|
|
| Jumlah Pengundi: 18,394 |
| 1. Datuk Syed Sobri Syed Hashim (BN) (7,856) |
| Majoriti: 805 |
| Penyandang: |
Dan akhirnya salah sorang makhluk tersebut pengsan sebab letih dok terbang malam-malam buta........
Mohamed Faisal (Bachon) & Norazreen (Noni) dikurniakan Cahaya mata ke 3 pada 27 Disember 2007 (Khamis) di Hospital Sg. Buluh Selangor pada jam 1.30 tengahari. Baby perempuan seberat 2.56 kg dan bersalin secara pembedahan (Keluar kok tingkap). Nama Baby Aida Sofea binti Mohamed Faisal.